knape lelaki merajuk?

|
sorang lelaki aka suami pendiam & perahsia tetiba merajuk... dh 3 hari tk bercakap ngan isteri. suatu ptg si isteri bertanya...

isteri: knape ngan abg ni?
suami : uhhhh! luattt!!!!
isteri : sbb mah kua gi kedai tk bgtau abg ke?
suami : tak!
isteri : sbb mak abah mah dtg ngan adik2 tinggal smpai 2 minggu ke?
suami : tak!
isteri : psl kete abg mah bg pancit ke?
suami : tak!
isteri : errrr, sbb mah ambik duit abg rm10,000 tk bgtau abg ke?
suami : tak!
isteri : sbb mah tk iron baju abg ke?
suami : tak!
isteri : sbb mah tak masak utk abg selama ni ke?
suami : tak!
isteri : pasal mah sll suh abg beli lauk bungkus ke?
suami : tak!
isteri : sbb mah tak nak anak ke?
suami : tak!
isteri : pasal abg kena basuh baju kita ke?
suami : tak!
isteri : abis tu, knape????
suami : errrr, nape mah x leh semayang tk bgtau abg pun...!
isteri : ???????

blaja IT plak ye

|
Shortcut key untuk kuasa dua ( ² )

Tahukah anda shortcut key untuk buat simbol ini (simbol kuasa dua) -> ²

Caranya mudah sahaja, anda perlu tekan butang kekunci "Alt". jangan lepaskan dan dalam masa yang sama tekan no "2" , no "5" dan no " 3" cepat².

Alt(hold) + 2 5 3 => ²

dan kalau untuk desktop laptop;

Fn + Alt + K + I + L = ²


cubalah!

Bertengkar Untuk Kekal Bahagia

|
Pasangan Ralph dan Phyllis Tarrant kini dinamakan sebagai pasangan berkahwin paling lama Britain.

Ralph, 106, dan Phyllis, 100, bergelar suami dan isteri selama 76 tahun dan rahsia mereka kekal bahagia ialah akibat berlakunya pertengkaran kecil yang berterusan.

“Kami kerap bertengkar mengenai perkara kecil seperti cerita yang kami ingin tonton di televisyen tapi tidak pernah bergaduh besar.

happy couple
“Bagaimanapun, setiap kali bertengkar, mereka yang bersalah perlu meminta maaf dan ia perlu dilakukan serta-merta,” kata Phyllis.

Ralph turut kesal dengan trend anak muda masa kini yang kerap lari daripada tanggungjawab mereka.

“Saya sedih dengan kadar perceraian yang amat tinggi.

“Saya rasa masalah utama kerana mereka tidak mahu berusaha,” katanya.

Kedua-duanya mula berkenalan pada 1926 tapi menanti tujuh tahun sebelum melangsungkan perkahwinan mereka pada 1933.

Mereka menetap di Sheffield sepanjang hayat mereka dan dikurniakan dua anak perempuan, Christine, 62, yang kini menetap di Amerika Syarikat dan Brenda, 72, yang menetap di Middlesbrough.

Pasangan bahagia itu turut memiliki tujuh cucu dan beberapa cicit. - Agensi

jika aku ada 36 jam sehari

|

jika aku ada 36 jam dalam sehari...
akanku guna 7 jam untuk konsentrasi bekerja.
serta 4 jam untuk bersosial.
diselangi 2 jam di antaranya untuk rehat dan makan.
dan 2 jam lainnya untuk melayari internet dan menggali ilmu.
seterusnya 1 jam berikutnya untuk menulis blog.
lalu 5 jam lainnya untuk bereksperimen perkara baru.
pastu 3 jam untuk pengisian rohani.
kemudian 4 jam untuk bersama keluarga.
bakinya, 8 jam untuk tidur.

tapi, kita cuma ada 24 jam sehari
patutlah banyak perkara yg kita tk sempat buat dlm sehari

...

|


gerhana

|

Gerhana itu telah tiba
Menyelinap daun-daun mata
Menjadi selonggok batu kali
Menghimpit ku yang lemas di dalamnya

penawar penyakit

|
Pati mengkudu atau noni (Nama saintifik : Morinda citrifolia) memang semenjak dahulu lagi telah digunakan sebagai penyembuh secara tradisional. ia dikenali sebagai makanan ajaib yang berupaya menyembuhkan luka dalaman.

Ciri-ciri anti-radikal bebas yang terdapat didalamnya, berupaya melindungi dari kerosakan jantung dan memperbaiki sistem penghadaman. Bahan-bahan aktif dalam noni juga mampu membantu merencatkan sel-sel kanser, mengawal kandungan gula dalam darah, mengawal tekanan darah tinggi dan menigkatkan kekuatan badan menentang penyakit melalui pengukuhan sistem imunisasi badan.

Kandungan bahan aktif yang terdapat dalam noni :
  • Proxeronine
  • Damnacanthol
  • Caproid acid
  • Caprillic acid
  • Scopoletin
  • Minyak essential
  • Ascorbic acid
  • Asperulose tetraacetate
  • dan banyak lagi
Antara penyakit-penyakt yang dapat dibantu disembuhkan dengan FED NONI :
  1. Tekanan darah tinggi (hipertensi) / darah rendah (hipotensi)
  2. Kencing manis biasa/kronik
  3. Buasir/hemorrhage/berak berdarah
  4. Sakit-sakit sendi/arthritis/rheumatisme
  5. Sakit jantung/lemah jantung
  6. Ulser/gastric
  7. lelah/asma
  8. penyakit batu karang/buah pinggang/kesukaran kencing
  9. Hepatitis
  10. Kurang darah/anemia
  11. Sukar tidur malam/insomnia
  12. Penyakit kulit/psoriasis/jerawat batu
  13. Resdung/sinusitis/alahan rhinitis/selsema
  14. Beguk/gerondong
  15. Sawan
  16. Gila meroyan
  17. Gout
  18. Perut sembelit/tidak lawas
  19. Sakit kuning
Pandangan perubatan saintifik berkaitan noni :

"Ekatrak mengkudu menigkatkan fungsi kelenjar tiroid dan kelenjar timus yang dipercayai bertindak melawan infeksi dan masalah-masalah yang berhubung dengan sistem kekebalan tubuh"

Dr Mona Harrison,M.D
Boston University School of Medicine

"Ekstrak mengkudu mampu antaranya merangsang sel T (sel pelawan penyakit) dalam sistem kekebalan tubuh, memperkuatkan sistem kekebalan tubuh, menunjukkan kesan anti bakteria, mempunyai kesan analgesik (menahan sakit), melambatkan pertumbuhan sel-sel pra-barah iaitu dengan kemampuannya menormalkan fungsi sel-sel abnormal"

Dr Schecter, M.D
Institut Perubatan Alami, California

"Ekstrak mengkudu mengandungi scopoletin (sejenis phytonutrien) yang berfungsi melebarkan saluran pembuluh darah yang mengalami penyempitan. jantung tidak lagi perlu bekerja terlalu keras untuk mengepam darah. Ia mengatur tekanan darah tinggi menjadi normal'

Dr Neil Solomon, M.D, PHD
Medical obserber

"Ekstrak mengkudu bekerja secara sinergi dengan mikronutrien lain dalam menghalang aliran darah menuju ke sel-sel tumor/barah, sekaligus mematikan sel-sel tumor tersebut"

Dr judah Folkman, PHD
Harvard University